KUALA LUMPUR: Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan seorang bekas pegawai agensi sama, mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini pada Rabu, atas satu pertuduhan merompak seorang ahli perniagaan warga China, hampir RM1 juta di sebuah residensi mewah dua tahun lalu.
Muhamad Haffiz Mohd Radzi, 33, Mohd Fahmee Mohamad Nor, 41, dan Azwan Asli, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Izralizam Sanusi dan Siti Aminah Ghazali.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga lelaki itu didakwa melakukan rompakan berkumpulan ke atas harta Kun Gao iaitu wang tunai RM952,690, Yuan 1,225, satu bagasi warna perak dan satu beg jenama Louis Vuitton (LV) warna hitam, di sebuah residensi di Jalan Ampang, di sini, pada jam 12 tengah hari, 10 Disember 2021.
Pendakwaan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.
Semasa prosiding di hadapan Izralizam, Timbalan Pendakwa Raya, Izalina Abdullah, mencadangkan Muhamad Haffiz dan Mohd Fahmee diberi ikat jamin masing-masing RM30,000 dengan seorang penjamin.
“Ia termasuk syarat tambahan iaitu melaporkan diri di balai polis terdekat sekali setiap bulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah,” katanya.
Bagaimanapun, peguam, Ravichandaran Selliah bagi pihak Muhamad Haffiz merayu agar anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar rendah kerana perlu menyara keluarga termasuk dua anaknya berusia lima dan dua tahun.
“Jaminan yang dicadangkan pihak pendakwaan mencecah 10 kali ganda daripada gaji bulanan anak guam sedangkan dia tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri,” katanya.
Sementara itu, peguam, R Vikraman berkata, Mohd Fahmee merupakan bapa tunggal, perlu membayar nafkah kepada bekas isteri dan menanggung seorang anak.
Selepas mendengar hujahan itu, Izralizam membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tidak mengganggu saksi pendakwaan serta dua syarat lagi dicadangkan pendakwaan, selain menetapkan 5 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes.
Sementara itu di hadapan Aminah, Vikraman yang turut mewakili Azwan, memohon ikat jamin ditetapkan pada kadar rendah.
Hakim membenarkan bekas pegawai SPRM itu diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan, manakala sebutan semula kes ditetapkan pada tarikh sama.
Pada 13 Disember 2021 Sinar Harian melaporkan dua individu termasuk seorang pegawai SPRM yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes rompakan berkumpulan membabitkan kerugian RM700,000.
Sementara itu, SPRM dalam kenyataan media, mengesahkan seorang pegawainya ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes jenayah.
Suruhanjaya itu memberi kerjasama penuh untuk mengesan pegawai terbabit dan menyerahkannya kepada polis.
Pihaknya tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawai yang terbabit dengan sebarang kesalahan jenayah. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Dec 13 2023
Muhamad Haffiz Mohd Radzi, 33, Mohd Fahmee Mohamad Nor, 41, dan Azwan Asli, 38, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. - Gambar hiasan
Puspal tiada kuasa tetapkan harga tiket konsert - Fahmi
Puspal berperanan untuk meneliti permohonan daripada penganjur konsert dan acara atau syarikat perfileman yang ingin membuat penggambaran dalam negara melibatkan artis luar.
57 maut, 22 masih hilang akibat banjir lava sejuk di Sumatra Barat
Pegawai kanan agensi bencana tempatan pada petang Selasa memaklumkan, banjir pada malam Sabtu itu memusnahkan bangunan, jalan raya dan kemudahan lain di Kabupaten Tanah Datar, Agam dan Pariaman, serta bandar Padang Panjang.
Rogol kanak-kanak, jurukimpal dipenjara enam tahun, satu sebatan
Seorang jurukimpal dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan merogol kanak-kanak berusia 11 tahun di Jelawat, Bachok pada 4 Mei lalu.
Mengimbangi aspirasi belia berkemahiran tinggi dan rendah
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Rabu membincangkan berkenaan topik kadar pengangguran yang menurun, namun kadar guna tenaga penuh masih lagi rendah.
[TERKINI] Sidang Media Mingguan Menteri Komunikasi
Ikuti secara langsung sidang media mingguan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil di Kompleks Kementerian Komunikasi, Putrajaya.
KBS bantu atlet kayak dilanggar pemandu mabuk
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi bantuan yang diperlukan oleh atlet kayak, Siti Nurul Masyitah Elias berikuan kecederaan parah akibat dipercayai dilanggar oleh seorang pemandu mabuk pada Sabtu.
ASP antara lima polis didakwa rompak wanita warga China RM140,000
Seorang pegawai kanan polis berpangkat ASP bersama empat anggota, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merompak seorang wanita warga China.
Pengurup wang didakwa bunuh lelaki
Seorang pengurup wang didakwa datas pertuduhan membunuh seorang lelaki dalam satu kejadian pergaduhan di Jalan Telawi, Bangsar.
Kerajaan tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas - Fahmi
Kerajaan tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas, tetapi semua parti politik dalam negara mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi itu atas dasar perjuangan untuk menegakkan Palestin.
Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia
Selangor mencatatkan kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun di negara ini.
Polis kesan lima lelaki warga asing samun tiga beranak guna senjata parang
Tiga beranak itu yang terdiri daripada suami isteri dan anak lelaki mereka diugut akan dibunuh jika membuat laporan polis.
Pegawai SPRM didakwa rompak hampir RM1 juta, beg LV
Dua pegawai SPRM dan seorang bekas pegawai mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merompak seorang ahli perniagaan warga China, hampir RM1 juta di sebuah residensi mewah dua tahun lalu.
Sapa pekerja wanita sebelum rompak kedai emas guna ‘pump gun’
Pemilik kedai emas kerugian RM178,000 apabila kedai emas miliknya di Jalan Langgar, di sini dirompak seorang lelaki bersenjatakan 'pump gun' pada Ahad.
Polis siasat kes samun barang kemas RM1.4 juta tular
Polis sedang menyiasat kejadian samun barang kemas dalam kenderaan di tempat letak kereta berhampiran sebuah kedai emas di Kuala Kangsar, melibatkan kerugian kira-kira RM1.4 juta yang tular.
Penganggur dipenjara tiga tahun, sebat kerana rompak pemancing
Seorang penganggur dijatuhi hukuman tiga tahun penjara dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah merompak secara berkumpulan di Bahau bulan lalu.
Lapan diberkas dalam kes samun, pecah cermin kereta
Lapan suspek kes rompak dan pecah cermin kereta di sekitar ibu negara diberkas di tiga tempat berasingan dalam serbuan oleh Polis Selangor.
Polis tahan pemilik farmasi bantu siasatan kes rompak guna M16
Polis Kelantan telah menahan seorang pemilik kedai farmasi berusia 52 tahun bagi membantu siasatan kes rompakan menggunakan senjata api jenis M16 di sebuah kedai serbaneka di bandar Tanah Merah.